My Blog List

Wednesday, March 3, 2010

Masalah Kes Dera Kanak-kanak di Malaysia. Cegah!!!



Adakah ketika ingin melihat kanak-kanak di Malaysia mencapai satu tahap tidak berasa selamat lagi walaupun di bawah jagaan ibu bapa mereka sendiri, barulah pada masa itu kita terhegeh-tegah untuk melakukan satu usaha bagi membendung kes dera kanak-kanak di Malaysia tidak terus berpanjangan Disebabkan sesetengah ibubapa yang tidak bertanggungjawab, ramai ibubapa lain terkena juga tempiasnya. Baru-baru ini, kes dera kanak-kanak bernama adik Syaifa yang baru sahaja berumur 3 tahun telah membawa kepada kematian. KUALA LUMPUR 26 Feb.- Seorang kanak-kanak perempuan (Syafia Humairah Sahari) berusia tiga tahun matidipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden Norel Azmi Affandi Yahya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sapiah sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, lelaki berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam. “Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.

“Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera,” katanya ketika dihubungi hari ini. Norel Azmi berkata, hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata, polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan. Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka.
KUALA LUMPUR 26 Feb.- Seorang kanak-kanak perempuan (Syafia Humairah Sahari) berusia tiga tahun matidipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden Norel Azmi Affandi Yahya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sapiah sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, lelaki berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam. “Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.

“Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera,” katanya ketika dihubungi hari ini. Norel Azmi berkata, hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata, polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan. Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...