My Blog List

Monday, March 8, 2010

Lihatlah betapa teruknya gejala Zina-Buang Bayi Yg Melanda

by DrMas Mohd

Sblm dapat petunjuk Allah sbg manual hidup, perangai asal kita memang teruk. Darwin kata kita asal dari "beruk" (memang benar secara `misal' atau mutasyabihatnya). Allah beri bunga (sistem yg indah) supaya kita guna pakai dan nampak elok sikit. Malangnya kita semua campak saja bunga tu. Maka jadilah kita `pelampau' (thoghut) yg macam babi. Apa larangan pun kita sondol saja. jadilah kita ibarat kera yg `ingkar suruhan', dan babi yg `langgar larangan'. (Al-Ma'idah ayat 60).

Hampir 300 ribu anak luar nikah telah di daftar. Hari2 juga kita dimomokkan dgn berita buang bayi. Berapa ramai lagi kah bayi sampah yg tak ditemui,yg ikut naik lori sampah? yg dimakan anjing dan reput saja2.? yg masuk lubang tandas macam najis? lalu tak dilapurkan walaupun keluarga tahu, nak jaga malu.?

Warga Prihatin (WP) sendiri pernah menyelamatkan kes bayi tandas ini dan tidak dilapurkan. Bolehnya berkata kerana tlh terlibat dlm menanganinya. Utk anak2 gadis yg "sedang" enjoy free seks ni, tengok semua (biarpun mengerikan) gambar2 ini supaya `berbekas' di hati. Kalau tengok satu2 walau setiap hari tidak berbekas dan terkesan di hati...!!!

Kalau ada niat nak cuba atau nak meneruskan tabiat maksiat itu musim cuti CNY dan valentine ni, bayangkan deritanya melahirkan, malunya diri, keluarga, agama dan bangsa negara selamanya..!. Bayangkan betapa besarnya dosa yg akan di `ungkit' sepanjang hayat..!, bayangkan pertemuan anak itu dgn anda di akhirat nanti..! bayangkan besarnya laknat sang `Pencipta,' terhadap anda..!, tak guna menyalahkan orang, bukan mereka yg jahat, tapi kita yg BODOH kerana menyerahkan diri dan sengaja mengundang masalah.

Kalau pun tak boleh jadi manusia, kekallah jadi haiwan yg lumrah, yg menyayangi anaknya.!,janganlah kita jadi lebih teruk `dari haiwan'..! (Al-A'raf, 176, 179). Dtglah ke Rumah Pengasih WP dapatkan nasihat, kami `bersedia mendengar dan membantu'. Itu lebih baik daripada kami mati sakit jantung, sedih melihat kejadian sebegini `semakin menjadi2'.

Kalau yakin tanyakan di wall fb "Warga Prihatin" atau di Grp "Applied Science AQ & Sunnah - Tajdid Muslim", atau inbox/email/sms saya dan mana2 WP (samada bapa/ibu2). Masih ada yg menyayangi kalian, jangan rosakkan lagi keadan yg dah rosak ini...!!!

Location: Malaysia

Updated at 06 March
Created on 13 Februar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...