My Blog List

There was an error in this gadget

Friday, December 31, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 Dari BUDAK GELANGGI

Tepat pukul 12 malam ini bermulalah azam dan harapan baru bagi seluruh umat manusia di dunia ini...semoga semua azam dan harapan akan tercapai dan impian yang dihajati akan termakbul untuk masa akan datang dengan berkat usaha dan doa masing-masing..

bagi saya tahun 2010 adalah tahun yang sangat bermakna bg saya..kerana pelbagai kenangan,kejayaan yang saya kecapi.......

jikalau merujuk kepada situasi negara plak..pelbagai kejayaan di kecapi dari sukan kepada pembangunan dan membentuk satu fenomena baru dalam masyarakat kita..

diharap kecermerlangan ini berterusan pada tahun 2011 dan seterusnyee..
kepada semue pengikut blog ini saya mengucapkan terima kasih dan saya sayangkan kamu semua...
: )..........SELAMAT TAHUN BARU>>.

BILA LA AGAK2 NK DPT TGK PAPER KTE CMNI EA ...HEHEHE

Thursday, December 30, 2010

PERHATIAN!!!!

Sahabat2 malaysia dan ind0nesia sekalian. Aku harap kalian dpt menghentikan permusuhan kita.. Sbnrnya ada dalang disebalik segala pr0v0kasi ini. Utk memecah belahkan kita y serumpun dan seislam.. Rasanya ada yg sudah tahu siapa dalangnya...adakah media indonesia???

media indonesia 2 cuma alat.sebnrnye ada ejen zionis di nusantara yang melihat kita bermusuhan sesama islam.Bila kita lemah mudah bg zionis kuasai kita. ni adalah sbhgian drpd program freemason@zionis. bca link di bawah...

http://ad-deenulhaq.blog...spot.com/2010/11/bab-1-pertubuhan2-dajjal-al-masikh-part.html

Sempena Kejayaan Pasukan MALAYSIA jumaat cuti (31 Disember 2010)

Assalamualaikum.............
seronoknyeeee xsangke sbb Malaysia mng....dapat cuti lak jumaat ni..best gleee..
nk wtpe jumaat ni ea...nk g tgk skuad malaysia kt putrajaya ke x..

SYABAS!!! PASUKAN MALAYSIA JUARA SUZUKI CUP 2010

Tahniah pasukan bola sepak kebangsaan berjaya menjuarai suzuki cup...dengan berkat doa semue rakyat Malaysia...pe2 pn MALAYSIA BOLEH!!!!!!

Tuesday, December 28, 2010

Blue is the colour for Malaysia 29-Dec-2010 (AFF Suzuki Cup 2010)


Jakarta: Malaysia will once again be donning their "lucky" blue away jerseys when they face Indonesia in the second leg of the AFF Suzuki Cup final at the Gelora Bung Karno Stadium on Wednesday.
While yellow shirts have been the traditional first-choice colours for the Tigers, they have regularly worn their alternate kit during this year's tournament. The blue shirt has been used for four of their six matches so far including both of Malaysia's home games, against Vietnam in the semi-finals and Indonesia in the final.
"Apparently the blue-coloured shirt has brought us quite a bit of luck," said Malaysia team manager Subahan Kamal. "Coach K. Rajagobal believes in that so we will stick with it for the second leg of the final."
The statistics seem to support that view as Malaysia have been unbeaten so far in the blue kit, winning three of the four game that they have played in it. Meanwhile, they have yet to win a game in the yellow shirts, losing 5-1 to Indonesia and drawing 0-0 against Vietnam.
According to Subahan, Vietnam did not agree to Malaysia's request to use blue in the second leg of the semi-finals as the white shorts that are part of their away kit would have clashed with the all-white Vietnamese kit. However, Indonesia have agreed to Malaysia's request to use their blue shirts and socks with the black shorts of their home kit.
"It is not that big a deal," Subahan explained. "If the other team had said that we cannot use that colour, then we would use yellow. But Indonesia said today during the team managers' meeting that it would not be a problem as long as we wore different coloured shorts."
In addition to being the team's lucky colour so far at this year's AFF Suzuki Cup, blue also brought good fortune to Malaysia at last year's Southeast Asia Games, when they beat Vietnam 1-0 in Vientiane for the first gold medal in 20 years.
Indonesia, who lost for the first time in the tournament after donning white shirts for the 3-0 defeat by Malaysia in the first leg of the final, will revert to their traditional home colours of red shirts and white shorts for the return match.
http://www.affsuzukicup.com/_webapp_764217/Blue_is_the_colour_for_Malaysia

From Oh! Bulan


Keadaan luar stadium sejam lps di Jakarta, Malaysia vs Indonesia. Ramai standby elak rusuhan.

Hari ini penentu Final Suzuki Cup 2010..(final ke 2)..


Hari ini mungkin adalah hari yang bersejarah bg seluruh penduduk Malaysia kerana malam ini penentu bagi melayakan pasukan manakah berjaya merangkul kejuaraan piala Suzuki Cup 2010...

Sebagai rakyat Malaysia saya berharap negara kita berjaya memenangi piala ini dan menjadikan pasukan Malaysia sebuah pasukan yang digeruni di rantau asia tenggara selepas ini...

Saya mendoakan pasukan Malaysia berjaya memenangi perlawanan hari....dengan kelebihan 3 gol dan kecekalan,mental yang kuat tidak mustahil untuk berjaya..

INSYALLAH dengan iringan doa seluruh rakyat Malaysia
kita akan berjaya..Amin.....MALAYSIA!!!!! BOLEH!!!MALAYSIA!!! BOLEH!!!!!.....

Pa,parap pa pa....I'm lovin' Oh! Media....

ASSALAMUALAIKUM kepada semue warge2 malaysia sekalian....

kenapa,kenapa dan kenapa sa
ya suke Oh! media cz....

suke la..byk sgt nk ckp bstnyee Oh! media ni..
ok la sy bgtw 1 ea cz Oh! Media menyebabkan saya dri dlunyee kalau bke FB msti sekejap je...skrg ble da knl Oh! media ni bk
e FB ni msti lme kdng2 xsdr dah berjam cz syok sgt layan page Oh! Media...cm tajuk page ni..muzik skit.."pa,parap pa pa i' lovin' Oh! Media....




umpame kasih sayang seorang ayah dan anak
2..xleh nk bepisah hehehe....
cm 2 la prsaanku trhadap Oh! media...cewah cm org jtuh cnte lak..

diharap Oh! media lebih maju dan terus menerus menghiburkan ati smue lapisan masyarakat...
hidup Oh! media..hehehe....
dan moge2 Oh! media menjadi fan page no 1 ea....
bye.................




Monday, December 27, 2010

RANKING FIFA MALAYSIA NAIK LAGI DARI 150 ke 144 (latest update 15/12/2010)

Tahniah pasukan Malaysia ranking naik smule...
ini semua hasil usha pasukan Malaysia selama ni..
diharap selepas suzuki cup ini rangking malaysia akan
berada di kedudukan yang lebih baik...pling kurang pun
dapat lintas Singapura sudah...

Sunday, December 26, 2010

Malaysia garang (KOSMO)


SAFEE SALI (tengah) menanduk masuk gol ketiga Malaysia pada aksi menentang Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
SKUAD bola sepak Indonesia sebenarnya tidaklah sekuat mana dan terbukti mereka memang layak digelar ‘jaguh kampung’.
Keegoan Indonesia akhirnya memakan diri apabila Malaysia dengan mudah membelasah mereka 3-0 pada aksi perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Terikat 0-0 pada separuh masa pertama, Malaysia meledak tiga gol tersebut pada babak kedua menerusi Mohd. Safee Mohd. Sali pada minit ke-59 dan 71 serta pemain gantian, Mohammad Ashari Samsudin pada minit ke-67.
Ia meletakkan Malaysia kini sebelah tangan untuk menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat pertama kali sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 1996.
Namun kejuaraan mutlak untuk edisi kelapan ini hanya akan ditentukan selepas berakhirnya final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Rabu ini.
Pada aksi malam tadi, suasana bingit oleh 75,000 penyokong Malaysia serta 15,000 penyokong Indonesia telah menghangatkan babak awal permainan.
Namun pemain sayap kiri Indonesia, Oktovianus Maniani dan pemain sayap kanan Malaysia, Amirulhadi Zainal kempunan untuk beraksi pada final kedua nanti kerana memungut kad kuning kedua.
Oktovianus dilayangkan kad kuning seawal minit kelima sebelum Amirulhadi menerima nasib sama pada penghujung babak pertama.
Kerancakan permainan terhenti pada minit ke-53 akibat gangguan sinaran laser terhadap penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina ketika Malaysia mendapat sepakan penjuru.
Masa permainan berjalan selama enam minit tanpa aksi cemas tetapi tidak sampai seminit selepas ia bersambung semula, Malaysia berjaya memperoleh gol pertama.
Jaringan pada minit ke-59 itu terhasil setelah Norshahrul Idlan Talaha bijak membawa bola secara solo dari penjuru kanan melepasi Maman Abdulrahman dan melorongkannya untuk dirembat masuk oleh Safee.
Hanya lapan minit kemudian, Malaysia terus selesa dengan gol kedua juga menerusi gerakan Norshahrul dari sebelah kanan tetapi kali ini lorongan cantiknya disudahkan pula dengan rembatan Ashari yang masuk menggantikan Amirulhadi.
Malaysia terus mengukuhkan kedudukan apabila mem peroleh gol ketiga pada minit ke-71 menerusi tandukan cantik Safee hasil hantaran lintang S. Kunanlan dari sebelah kanan.
Ketika masa kecederaan selama lapan minit diberi, Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah Kunanlan dijatuhkan Markus tetapi pengadil, Toma Masaaki dari Jepun sebaliknya memberikan sepakan gol buat Indonesia.
Indonesia sepatutnya menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana mereka terlalu gemar untuk melakukan protes kononnya penjaga gol diganggu oleh pancaran laser.
Yang peliknya, mereka akan melakukan protes setiap kali Malaysia mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol mereka.
Apa yang pasti, bukan pancaran laser yang menjadi penyebab kerana kesemua tiga gol Malaysia dihasilkan menerusi gerakan padang.
Ia sekadar helah penjaga gol Indonesia untuk menyembunyikan gementarnya.

Tuesday, December 21, 2010

Tiket fina suzuki cup RM30 dijual khamis (KOSMO!)



TIKET-TIKET bagi menyaksikan final pertama Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini akan dijual pada harga RM30 dan RM50 bermula pagi esok.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan sejumlah 88,000 keping tiket dengan 72,500 daripadanya untuk penyokong Malaysia dan baki 15,500 untuk penyokong Indonesia.
Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S. Sivasundaram berkata, tiket berharga RM30 adalah untuk tempat duduk terbuka manakala tiket berharga RM50 untuk tempat duduk utama.
"Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, tiket untuk tempat duduk terbuka masih kita kekalkan RM5. Nak beli dalam jumlah lima keping atau 10 keping boleh tetapi jika nak beli sekali gus 500 keping, kami tidak akan benarkan.
"Untuk penyokong Malaysia, mereka boleh mula membeli tiket di Kaunter Pintu Kuning, Stadium Nasional pada Khamis (esok) dari pukul 10 pagi hingga 7 malam, juga pada waktu yang sama pada Jumaat dan Sabtu.
"Jika masih ada tiket, ia akan dijual pada Ahad bermula 10 pagi," katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pada sidang media sama memberitahu, hanya 15,500 tiket daripada jumlah keseluruhan 88,000 tiket itu diperuntukkan kepada penyokong Indonesia.
"Saya menerima kunjungan Setiausaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nugraha Besoes hari ini (semalam) untuk membincangkan tentang peruntukan tiket penyokong Indonesia.
"Kita beri peruntukan 15,000 keping tiket RM30 dan 500 keping tiket RM50 kepada mereka. Nughara akan berbincang dengan Kedutaan Indonesia di Malaysia pagi esok (hari ini).
"Jika dibenarkan, tiket untuk penyokong Indonesia ini akan dijual di pekarangan kedutaan. Jika tidak, FAM akan menjualnya di Kaunter Pintu Biru, Stadium Nasional bermula Khamis (esok)," jelas Azzuddin.
Menurut Azzuddin, skuad kebangsaan Indonesia akan tiba dengan pesawat sewa khas di Lapangan Terbang Subang pada 12.30 tengah hari Jumaat ini dan mengadakan latihan pada pukul 5 petang di Padang MSN, Bukit Jalil.
Ditanya soal keselamatan kedua-dua penyokong, Azzuddin berkata: "Jawatankuasa Penganjur Tempatan (LOC) bagi perlawanan ini akan bermesyuarat esok (hari ini) untuk membincangkan secara terperinci tentang isu ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm

PRO EVOLUTION SOCCER UPDATE STORE (MY)



yg gle2 PES tu....ha tgk la ni..
http://www.facebook.com/pages/Pro-Evolution-Soccer-update-store-MY-/150819551634833

Monday, December 20, 2010

Malaysia storm into final


Action from the Vietnam-Malaysia match in the AFF Suzuki Cup on Saturday.
Hanoi: Malaysia stormed into the final of the AFF Suzuki Cup for the first time in 14 years after holding Vietnam to a goalless draw in the second leg of their semi-final on Saturday.

Malaysia won the first leg at home 2-0 and did not allow Henrique Calisto’s charges to make a way past their defence.

Vietnam’s Pham Thanh Luong was sent off for a second bookable offence in 72nd minute, making it more difficult to achieve a three-goal victory needed to secure a place in the final.

The home side's problems were exasperated further when Phan Van Tai Em was taken off injured early in the game, to be replaced by Le Tan Tai.

Malaysia coach K. Rajagopal was optimistic of winning the title.

"Looking at the situation now I'm very optimistic," said the former Selangor coach. "When we won against Vietnam at home I was very confident.

"The boys have progressed, they are confident and I don't need to motivate them. This is what they have wanted."

Sunday, December 5, 2010

Tajwid

Tajwīd (تجويد) dari segi bahasanya bermaksud melakukan sesuatu dengan elok yang berasal dari perkataan Jawwada. Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya.
Anggaran ilmu tajwid itu ialah menyampaikan dengan sedalamnya kesempurnaan tiap-tiap sebutan dari ayat al-Quran. Para ulama menyatakan yang hukum bagi mempelajari tajwid itu adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...