My Blog List

Tuesday, January 4, 2011

Suka Duka Piala AFF Suzuki 2010 from TENANG SUDEY


Tahniah buat Malaysia kerana berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010. Kesinambungan daripada post Harimau Muda Naik Kereta Kebal ke Stadium. Encik Tenangsudey rumuskan beberapa info yang perlu kita ketahui.

Tahukah anda Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010 dengan aggregat 4 2 kepada Indonesia.
Tahukah anda pasukan Harimau Malaya di bawa ke Stadium Gelora Bung Karno dengan menaiki kereta perisai atau kereta kebal Baracuda. Tahukah anda pertama kali di dunia pemain bola sepak pergi ke stadium dengan menaiki kereta perisai atau kereta kebal.
Bersiap sedia menaiki perisai menuju ke Stadium Gelora Bung Karno
Keadaan dalam kereta perisai

Tahukah anda laser menjadi bahan bualan hangat sepanjang perlawanan bola sepak final AFF suzuki 2010, samada di Bukit Jalil mahupun di Gelora Bung Karno.


Sharbinee Allawee dilaser ketika Indonesia menang 5 1 kepada Malaysia
Markus dilaser ketika di Bukit Jalil


Tahukah anda Khairul Fahmi menggunakan mata yang dilaser ini untuk menyelamatkan sepakan penalti daripada Firman Utina
Jadi selesai isu laser, dua2 main laser. Malah kalau nak diperbesarkan kita menang kot 2 1 dalam isu laser ni. Sharbinee dan Khairul Fahmi kene laser. Indonesia 1 je kene laser Markus je. Jangan bangkitkan lagi, jangan jadikan bahan perbalahan negara pula. Main laser tu tetap salah walau macam manapun. Matlamat tak menghalalkan cara.

Tahukah anda Norshahrul Idlan Talaha melangsungkan perkahwinannya dengan Siti Aisya Adam di Kota Bharu, Kelantan, 25 Dis 2010. Perlawanan akhir AFF Suzuki 2010 26 Dis 2010.
Norshahrul Idlan Talaha bersanding dengan Siti Aisya Adam


Tahukah apa terjadi pada Mahali?
Special Effect kat mata kanan Mahali sumbangan Oktovianus Maniani



Tahukah anda makanan yang mempunyai nama yang menarik di sekitar Stadium Gelora Bung Karno?
Nasi Gila
Tahukah anda, Kerajaan Kelantan menghadiahkan Khairul Fahmi Che Mat, sebuah rumah sebagai hadiah dan tanda penghargaan? Namun bentuk rumah belum dijelaskan bagaimana.
Khairul Fahmi Che Mat bersalaman dengan Tok Guru Nik Aziz
Tahukah anda, kerajaan Terengganu, akan menghadiahkan tanah lot dan wang RM5000 kepada 6 orang pemain negeri itu yang telah mengharumkan nama negara. Pemain-pemain yang berasal dari Terengganu adalah Mohamad Ashaari Shamsuddin, Sharbinee Allawee, Nor Shahrul Idlan Thalaha, Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan dan Mohd Faizal Muhammad. 6 orang kesemuanya.

Tahukah anda website FAM telah 'dideface' oleh golongan yang tidak dapat menerima kekalahan dan adat perlawanan menang kalah?



Tahukah anda yang wujudnya muka belakang akhbar seperti di bawah. Ia bukan berita benar, tapi tak mustahil akan terjadi satu hari nanti. Tenangsudey... hehe

Sumber-sumber gambar : Harimau muda, Facebook Page 1,000,000 People Agree Ben Williams is Referee from hell (AUSTRALIAN), Utusan/ROSNI MASRI

FROM TENANG SUDEY

Sunday, January 2, 2011

Astro Media penaja bersama Liga M (kosmo)


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima suntikan baru dalam mengendalikan perjalanan sukan bola sepak negara apabila Astro Media bersedia menjadi rakan penaja bersama bagi Liga Malaysia (Liga M) musim 2011-2014.

Astro Media yang merupakan salah satu rangkai- an daripada syarikat televi- syen berbayar negara, Astro telah menandatangani kontrak penajaan bersama FAM dengan jumlah RM120 juta bagi tempoh empat tahun tersebut.

Begitupun, FAM menjelaskan bahawa Astro Media bukan penaja utama bagi Liga M 2011-2014, sebaliknya bertindak sebagai sebuah agensi yang membantu urusan kewangan dan pemasaran FAM selain turut memegang hak siaran langsung dalam semua perlawa- nan Liga M.

“Astro Media secara dasarnya telah bersetuju untuk menjadi penaja bersama saingan Liga M dengan tajaan RM120 juta selama empat tahun,” kata Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Kelana Jaya semalam.

“Mereka bukan menjadi penaja utama bagi Liga M tetapi dilantik menjadi agensi yang membantu urusan kewangan serta pemasaran untuk FAM. Begitupun, mereka juga diberi hak siaran televisyen bagi semua perlawanan Liga M termasuk Liga Perdana, Piala FA, Piala Presiden dan rakan media skuad remaja.

“Tetapi ia tidak bermakna stesen televisyen lain tidak berpeluang menyiarkan perlawanan Liga M secara langsung. Mereka boleh membeli siaran tersebut dan berurusan melalui Astro Media.”

Menurut Tengku Abdullah, baginda berharap agar banyak lagi syarikat korporat akan tampil menjadi penaja bersama Liga M, sekali gus membantu peningkatan sukan bola sepak negara selain menjadikan ia platform dalam bidang komersial.

“Apa yang ditawarkan oleh Astro Media ini adalah baik bagi bola sepak negara dan ia juga perkembangan baru bagi FAM.

“Ia akan melibatkan pembangunan bagi jangka masa panjang dan perubahan yang menarik bagi saingan liga tempatan sendiri.”

Pengerusi Liga Super Malaysia (MSL), Tan Sri Annuar Musa pula menjelaskan, FAM menerima bidaan daripada Astro Media sete- lah melihat visi dan potensi yang mampu mereka reali- sasikan dalam kancah Liga M sehingga 2014.

“FAM bukan hanya melihat jumlah bidaan saja tetapi juga menimbang perkara-perkara lain seperti pelaksanaan mereka dalam perubahan-perubahan yang FAM mahukan dalam Liga M sepanjang empat tahun ini,” kata Annuar.

“Mereka juga turut melabur RM100 juta lagi dalam peralatan dan fasiliti bagi siaran langsung Liga M, jadi keseluruhan penajaan mereka boleh dikatakan mencapai RM220 juta.

“FAM mahu mengubah Liga M menjadi satu kejo- hanan liga yang kompetitif dan menarik untuk disaksi- kan. Saya berani jamin pada musim 2013 hingga 2014, perubahan besar akan dilihat dalam kancah liga bola sepak negara.”

Sementara itu Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, pengumuman mengenai penaja utama Liga M bagi musim 2011 hingga 2014 akan dibuat dalam sedikit masa.

“FAM terpaksa mengambil sedikit masa bagi melihat bidaan-bidaan yang diterima, kemudian selepas itu barulah akan diumumkan siapa penaja utama Liga M bagi musim 2011-2014.

“Ada beberapa nama besar yang telah mengemuka- kan bidaan mereka dan saya akui salah satu daripadanya ialah Maxis. Kita tunggu dan lihat saja siapa yang akan dipilih oleh FAM,” ujar Annuar.

Friday, December 31, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 Dari BUDAK GELANGGI

Tepat pukul 12 malam ini bermulalah azam dan harapan baru bagi seluruh umat manusia di dunia ini...semoga semua azam dan harapan akan tercapai dan impian yang dihajati akan termakbul untuk masa akan datang dengan berkat usaha dan doa masing-masing..

bagi saya tahun 2010 adalah tahun yang sangat bermakna bg saya..kerana pelbagai kenangan,kejayaan yang saya kecapi.......

jikalau merujuk kepada situasi negara plak..pelbagai kejayaan di kecapi dari sukan kepada pembangunan dan membentuk satu fenomena baru dalam masyarakat kita..

diharap kecermerlangan ini berterusan pada tahun 2011 dan seterusnyee..
kepada semue pengikut blog ini saya mengucapkan terima kasih dan saya sayangkan kamu semua...
: )..........SELAMAT TAHUN BARU>>.

BILA LA AGAK2 NK DPT TGK PAPER KTE CMNI EA ...HEHEHE

Thursday, December 30, 2010

PERHATIAN!!!!

Sahabat2 malaysia dan ind0nesia sekalian. Aku harap kalian dpt menghentikan permusuhan kita.. Sbnrnya ada dalang disebalik segala pr0v0kasi ini. Utk memecah belahkan kita y serumpun dan seislam.. Rasanya ada yg sudah tahu siapa dalangnya...adakah media indonesia???

media indonesia 2 cuma alat.sebnrnye ada ejen zionis di nusantara yang melihat kita bermusuhan sesama islam.Bila kita lemah mudah bg zionis kuasai kita. ni adalah sbhgian drpd program freemason@zionis. bca link di bawah...

http://ad-deenulhaq.blog...spot.com/2010/11/bab-1-pertubuhan2-dajjal-al-masikh-part.html

Sempena Kejayaan Pasukan MALAYSIA jumaat cuti (31 Disember 2010)

Assalamualaikum.............
seronoknyeeee xsangke sbb Malaysia mng....dapat cuti lak jumaat ni..best gleee..
nk wtpe jumaat ni ea...nk g tgk skuad malaysia kt putrajaya ke x..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...