My Blog List
Wednesday, January 26, 2011
Tuesday, January 18, 2011
BANTULAH ADIK HAIRUMAN (-__-) KHIDMAT MASYARAKAT DIBAWAKAN BUDAK GELANGGI
"ASSALAMUALAIKUM, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik hairuman dengan anda semua.Untuk makluman anda adik hairuman merupakan anak yatim piatu.Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi .Hairuman merupakan anak keempat daripa 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.Kini hanya kakak hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iatu dengan menolong suaminya menjual air buah.Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa mwmungut kelapa sawit. adik hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tba2 terjatuh dan menimpa adik hairuman.Badan adik hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan.Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik hairuman.Marilah sama-sama kita membantu adik hairuman setakat terdaya.Disini saya sertakan bukti mengenai adik hairuman.
Disini saya sertakan nombor telefon Kakak Hairuman 0183807867 -Maryuni Bt Miskon
No Akaun :162030632448 Maybank
Alamat: no 28 jln desa mawar 2/11,seksyen 2,tmn desa mawar 45500 tanjong karang,selangor


" ARTIKEL INI DIPETIK DARI SUMBER DISINI
Sunday, January 16, 2011
API - Pelita [Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25)]
Saturday, January 15, 2011
KHIMAT MASYARAKAT DIBAWAKAN OLEH BUDAK GELANGGI
i MISS my DAD
i MISS my SISTER
i MISS my BROTHER
i MISS my FAMILY & my FRIENDS & my COUSIN
&&&&&&&
i MISS ALL my RELATIVES!!!!
Uwaaaaaaa....!!!!!
:'(
HELP ME!!!!!
HELP ME!!!!!!!!!!!!
i WANT t0 go back t0 my HOME!!!!
( mybe,budak keCik tu ckp cmni kan!! )
:'(
Mane, Mane, Mane???!!
NAK KENAL Laaa....
k0t, k0t sy pernah ternampak ker??
Ni Haaaaa...
PiCtUrE budak kecik yg c0mey Lg Kacak tue!!
( ADAM SHAH )
TOLONG la PULANGKAN balik die pada parents die!!
mesti die rindu sangat2 kt family die....
&&&&&
da semesti nyer family die TERlampau rindu sangat kt
Adam!!!
:'(
cedey nyer saya klu sy yg berade kt situasi ibu or family ADAM ni...
k laaaa...
sy xley nk tulis ape2 daaa...tErlalu sedey~
CUMA,
1 je PESANAN a.k.a P/S saya nk sampaikan pada sume
&
mengharap sangat2 pada sume........
SEKIRANYA ADA MAKLUMAT TENTANG ADIK ADAM BOLEH HUBUNGI FB
Amin Ya Rabbal A'lamin......
:))
Friday, January 14, 2011
Tuesday, January 4, 2011
Suka Duka Piala AFF Suzuki 2010 from TENANG SUDEY
Tahukah anda Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010 dengan aggregat 4 2 kepada Indonesia.
Tahukah anda pasukan Harimau Malaya di bawa ke Stadium Gelora Bung Karno dengan menaiki kereta perisai atau kereta kebal Baracuda. Tahukah anda pertama kali di dunia pemain bola sepak pergi ke stadium dengan menaiki kereta perisai atau kereta kebal.
![]() |
| Bersiap sedia menaiki perisai menuju ke Stadium Gelora Bung Karno |
![]() | |
| Keadaan dalam kereta perisai |
![]() |
| Sharbinee Allawee dilaser ketika Indonesia menang 5 1 kepada Malaysia |
![]() |
| Tahukah anda Khairul Fahmi menggunakan mata yang dilaser ini untuk menyelamatkan sepakan penalti daripada Firman Utina |
Tahukah anda Norshahrul Idlan Talaha melangsungkan perkahwinannya dengan Siti Aisya Adam di Kota Bharu, Kelantan, 25 Dis 2010. Perlawanan akhir AFF Suzuki 2010 26 Dis 2010.
Tahukah apa terjadi pada Mahali?
Tahukah anda makanan yang mempunyai nama yang menarik di sekitar Stadium Gelora Bung Karno?
![]() |
| Nasi Gila |
![]() |
| Khairul Fahmi Che Mat bersalaman dengan Tok Guru Nik Aziz |
Tahukah anda website FAM telah 'dideface' oleh golongan yang tidak dapat menerima kekalahan dan adat perlawanan menang kalah?
Tahukah anda yang wujudnya muka belakang akhbar seperti di bawah. Ia bukan berita benar, tapi tak mustahil akan terjadi satu hari nanti. Tenangsudey... hehe
Sumber-sumber gambar : Harimau muda, Facebook Page 1,000,000 People Agree Ben Williams is Referee from hell (AUSTRALIAN), Utusan/ROSNI MASRI
FROM TENANG SUDEY
Sunday, January 2, 2011
Astro Media penaja bersama Liga M (kosmo)

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima suntikan baru dalam mengendalikan perjalanan sukan bola sepak negara apabila Astro Media bersedia menjadi rakan penaja bersama bagi Liga Malaysia (Liga M) musim 2011-2014.
Astro Media yang merupakan salah satu rangkai- an daripada syarikat televi- syen berbayar negara, Astro telah menandatangani kontrak penajaan bersama FAM dengan jumlah RM120 juta bagi tempoh empat tahun tersebut.
Begitupun, FAM menjelaskan bahawa Astro Media bukan penaja utama bagi Liga M 2011-2014, sebaliknya bertindak sebagai sebuah agensi yang membantu urusan kewangan dan pemasaran FAM selain turut memegang hak siaran langsung dalam semua perlawa- nan Liga M.
“Astro Media secara dasarnya telah bersetuju untuk menjadi penaja bersama saingan Liga M dengan tajaan RM120 juta selama empat tahun,” kata Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Kelana Jaya semalam.
“Mereka bukan menjadi penaja utama bagi Liga M tetapi dilantik menjadi agensi yang membantu urusan kewangan serta pemasaran untuk FAM. Begitupun, mereka juga diberi hak siaran televisyen bagi semua perlawanan Liga M termasuk Liga Perdana, Piala FA, Piala Presiden dan rakan media skuad remaja.
“Tetapi ia tidak bermakna stesen televisyen lain tidak berpeluang menyiarkan perlawanan Liga M secara langsung. Mereka boleh membeli siaran tersebut dan berurusan melalui Astro Media.”
Menurut Tengku Abdullah, baginda berharap agar banyak lagi syarikat korporat akan tampil menjadi penaja bersama Liga M, sekali gus membantu peningkatan sukan bola sepak negara selain menjadikan ia platform dalam bidang komersial.
“Apa yang ditawarkan oleh Astro Media ini adalah baik bagi bola sepak negara dan ia juga perkembangan baru bagi FAM.
“Ia akan melibatkan pembangunan bagi jangka masa panjang dan perubahan yang menarik bagi saingan liga tempatan sendiri.”
Pengerusi Liga Super Malaysia (MSL), Tan Sri Annuar Musa pula menjelaskan, FAM menerima bidaan daripada Astro Media sete- lah melihat visi dan potensi yang mampu mereka reali- sasikan dalam kancah Liga M sehingga 2014.
“FAM bukan hanya melihat jumlah bidaan saja tetapi juga menimbang perkara-perkara lain seperti pelaksanaan mereka dalam perubahan-perubahan yang FAM mahukan dalam Liga M sepanjang empat tahun ini,” kata Annuar.
“Mereka juga turut melabur RM100 juta lagi dalam peralatan dan fasiliti bagi siaran langsung Liga M, jadi keseluruhan penajaan mereka boleh dikatakan mencapai RM220 juta.
“FAM mahu mengubah Liga M menjadi satu kejo- hanan liga yang kompetitif dan menarik untuk disaksi- kan. Saya berani jamin pada musim 2013 hingga 2014, perubahan besar akan dilihat dalam kancah liga bola sepak negara.”
Sementara itu Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, pengumuman mengenai penaja utama Liga M bagi musim 2011 hingga 2014 akan dibuat dalam sedikit masa.
“FAM terpaksa mengambil sedikit masa bagi melihat bidaan-bidaan yang diterima, kemudian selepas itu barulah akan diumumkan siapa penaja utama Liga M bagi musim 2011-2014.
“Ada beberapa nama besar yang telah mengemuka- kan bidaan mereka dan saya akui salah satu daripadanya ialah Maxis. Kita tunggu dan lihat saja siapa yang akan dipilih oleh FAM,” ujar Annuar.
Friday, December 31, 2010
Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 Dari BUDAK GELANGGI
Tepat pukul 12 malam ini bermulalah azam dan harapan baru bagi seluruh umat manusia di dunia ini...semoga semua azam dan harapan akan tercapai dan impian yang dihajati akan termakbul untuk masa akan datang dengan berkat usaha dan doa masing-masing..Thursday, December 30, 2010
PERHATIAN!!!!
Sahabat2 malaysia dan ind0nesia sekalian. Aku harap kalian dpt menghentikan permusuhan kita.. Sbnrnya ada dalang disebalik segala pr0v0kasi ini. Utk memecah belahkan kita y serumpun dan seislam.. Rasanya ada yg sudah tahu siapa dalangnya...adakah media indonesia???
media indonesia 2 cuma alat.sebnrnye ada ejen zionis di nusantara yang melihat kita bermusuhan sesama islam.Bila kita lemah mudah bg zionis kuasai kita. ni adalah sbhgian drpd program freemason@zionis. bca link di bawah...
http://ad-deenulhaq.blog...spot.com/2010/11/bab-1-perSempena Kejayaan Pasukan MALAYSIA jumaat cuti (31 Disember 2010)
SYABAS!!! PASUKAN MALAYSIA JUARA SUZUKI CUP 2010
Tuesday, December 28, 2010
Blue is the colour for Malaysia 29-Dec-2010 (AFF Suzuki Cup 2010)

Jakarta: Malaysia will once again be donning their "lucky" blue away jerseys when they face Indonesia in the second leg of the AFF Suzuki Cup final at the Gelora Bung Karno Stadium on Wednesday.
While yellow shirts have been the traditional first-choice colours for the Tigers, they have regularly worn their alternate kit during this year's tournament. The blue shirt has been used for four of their six matches so far including both of Malaysia's home games, against Vietnam in the semi-finals and Indonesia in the final.
"Apparently the blue-coloured shirt has brought us quite a bit of luck," said Malaysia team manager Subahan Kamal. "Coach K. Rajagobal believes in that so we will stick with it for the second leg of the final."
The statistics seem to support that view as Malaysia have been unbeaten so far in the blue kit, winning three of the four game that they have played in it. Meanwhile, they have yet to win a game in the yellow shirts, losing 5-1 to Indonesia and drawing 0-0 against Vietnam.
According to Subahan, Vietnam did not agree to Malaysia's request to use blue in the second leg of the semi-finals as the white shorts that are part of their away kit would have clashed with the all-white Vietnamese kit. However, Indonesia have agreed to Malaysia's request to use their blue shirts and socks with the black shorts of their home kit.
"It is not that big a deal," Subahan explained. "If the other team had said that we cannot use that colour, then we would use yellow. But Indonesia said today during the team managers' meeting that it would not be a problem as long as we wore different coloured shorts."
In addition to being the team's lucky colour so far at this year's AFF Suzuki Cup, blue also brought good fortune to Malaysia at last year's Southeast Asia Games, when they beat Vietnam 1-0 in Vientiane for the first gold medal in 20 years.
Indonesia, who lost for the first time in the tournament after donning white shirts for the 3-0 defeat by Malaysia in the first leg of the final, will revert to their traditional home colours of red shirts and white shorts for the return match.
http://www.affsuzukicup.com/_webapp_764217/Blue_is_the_colour_for_Malaysia
Hari ini penentu Final Suzuki Cup 2010..(final ke 2)..

Hari ini mungkin adalah hari yang bersejarah bg seluruh penduduk Malaysia kerana malam ini penentu bagi melayakan pasukan manakah berjaya merangkul kejuaraan piala Suzuki Cup 2010...
Sebagai rakyat Malaysia saya berharap negara kita berjaya memenangi piala ini dan menjadikan pasukan Malaysia sebuah pasukan yang digeruni di rantau asia tenggara selepas ini...
Saya mendoakan pasukan Malaysia berjaya memenangi perlawanan hari....dengan kelebihan 3 gol dan kecekalan,mental yang kuat tidak mustahil untuk berjaya..
INSYALLAH dengan iringan doa seluruh rakyat Malaysia
kita akan berjaya..Amin.....MALAYSIA!!!!! BOLEH!!!MALAYSIA!!! BOLEH!!!!!.....
Pa,parap pa pa....I'm lovin' Oh! Media....
kenapa,kenapa dan kenapa saya suke Oh! media cz....
suke la..byk sgt nk ckp bstnyee Oh! media ni..
ok la sy bgtw 1 ea cz Oh! Media menyebabkan saya dri dlunyee kalau bke FB msti sekejap je...skrg ble da knl Oh! media ni bke FB ni msti lme kdng2 xsdr dah berjam cz syok sgt layan page Oh! Media...cm tajuk page ni..muzik skit.."pa,parap pa pa i' lovin' Oh! Media....

umpame kasih sayang seorang ayah dan anak 2..xleh nk bepisah hehehe....
cm 2 la prsaanku trhadap Oh! media...cewah cm org jtuh cnte lak..
diharap Oh! media lebih maju dan terus menerus menghiburkan ati smue lapisan masyarakat...
hidup Oh! media..hehehe....
dan moge2 Oh! media menjadi fan page no 1 ea....
bye.................
Monday, December 27, 2010
RANKING FIFA MALAYSIA NAIK LAGI DARI 150 ke 144 (latest update 15/12/2010)
ini semua hasil usha pasukan Malaysia selama ni..
diharap selepas suzuki cup ini rangking malaysia akan
berada di kedudukan yang lebih baik...pling kurang pun
dapat lintas Singapura sudah...
Sunday, December 26, 2010
Malaysia garang (KOSMO)

SAFEE SALI (tengah) menanduk masuk gol ketiga Malaysia pada aksi menentang Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
SKUAD bola sepak Indonesia sebenarnya tidaklah sekuat mana dan terbukti mereka memang layak digelar ‘jaguh kampung’.
Keegoan Indonesia akhirnya memakan diri apabila Malaysia dengan mudah membelasah mereka 3-0 pada aksi perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Terikat 0-0 pada separuh masa pertama, Malaysia meledak tiga gol tersebut pada babak kedua menerusi Mohd. Safee Mohd. Sali pada minit ke-59 dan 71 serta pemain gantian, Mohammad Ashari Samsudin pada minit ke-67.
Ia meletakkan Malaysia kini sebelah tangan untuk menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat pertama kali sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 1996.
Namun kejuaraan mutlak untuk edisi kelapan ini hanya akan ditentukan selepas berakhirnya final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Rabu ini.
Pada aksi malam tadi, suasana bingit oleh 75,000 penyokong Malaysia serta 15,000 penyokong Indonesia telah menghangatkan babak awal permainan.
Namun pemain sayap kiri Indonesia, Oktovianus Maniani dan pemain sayap kanan Malaysia, Amirulhadi Zainal kempunan untuk beraksi pada final kedua nanti kerana memungut kad kuning kedua.
Oktovianus dilayangkan kad kuning seawal minit kelima sebelum Amirulhadi menerima nasib sama pada penghujung babak pertama.
Kerancakan permainan terhenti pada minit ke-53 akibat gangguan sinaran laser terhadap penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina ketika Malaysia mendapat sepakan penjuru.
Masa permainan berjalan selama enam minit tanpa aksi cemas tetapi tidak sampai seminit selepas ia bersambung semula, Malaysia berjaya memperoleh gol pertama.
Jaringan pada minit ke-59 itu terhasil setelah Norshahrul Idlan Talaha bijak membawa bola secara solo dari penjuru kanan melepasi Maman Abdulrahman dan melorongkannya untuk dirembat masuk oleh Safee.
Hanya lapan minit kemudian, Malaysia terus selesa dengan gol kedua juga menerusi gerakan Norshahrul dari sebelah kanan tetapi kali ini lorongan cantiknya disudahkan pula dengan rembatan Ashari yang masuk menggantikan Amirulhadi.
Malaysia terus mengukuhkan kedudukan apabila mem peroleh gol ketiga pada minit ke-71 menerusi tandukan cantik Safee hasil hantaran lintang S. Kunanlan dari sebelah kanan.
Ketika masa kecederaan selama lapan minit diberi, Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah Kunanlan dijatuhkan Markus tetapi pengadil, Toma Masaaki dari Jepun sebaliknya memberikan sepakan gol buat Indonesia.
Indonesia sepatutnya menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana mereka terlalu gemar untuk melakukan protes kononnya penjaga gol diganggu oleh pancaran laser.
Yang peliknya, mereka akan melakukan protes setiap kali Malaysia mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol mereka.
Apa yang pasti, bukan pancaran laser yang menjadi penyebab kerana kesemua tiga gol Malaysia dihasilkan menerusi gerakan padang.
Ia sekadar helah penjaga gol Indonesia untuk menyembunyikan gementarnya.
Tuesday, December 21, 2010
Tiket fina suzuki cup RM30 dijual khamis (KOSMO!)

TIKET-TIKET bagi menyaksikan final pertama Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini akan dijual pada harga RM30 dan RM50 bermula pagi esok.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan sejumlah 88,000 keping tiket dengan 72,500 daripadanya untuk penyokong Malaysia dan baki 15,500 untuk penyokong Indonesia.
Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S. Sivasundaram berkata, tiket berharga RM30 adalah untuk tempat duduk terbuka manakala tiket berharga RM50 untuk tempat duduk utama.
"Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, tiket untuk tempat duduk terbuka masih kita kekalkan RM5. Nak beli dalam jumlah lima keping atau 10 keping boleh tetapi jika nak beli sekali gus 500 keping, kami tidak akan benarkan.
"Untuk penyokong Malaysia, mereka boleh mula membeli tiket di Kaunter Pintu Kuning, Stadium Nasional pada Khamis (esok) dari pukul 10 pagi hingga 7 malam, juga pada waktu yang sama pada Jumaat dan Sabtu.
"Jika masih ada tiket, ia akan dijual pada Ahad bermula 10 pagi," katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pada sidang media sama memberitahu, hanya 15,500 tiket daripada jumlah keseluruhan 88,000 tiket itu diperuntukkan kepada penyokong Indonesia.
"Saya menerima kunjungan Setiausaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nugraha Besoes hari ini (semalam) untuk membincangkan tentang peruntukan tiket penyokong Indonesia.
"Kita beri peruntukan 15,000 keping tiket RM30 dan 500 keping tiket RM50 kepada mereka. Nughara akan berbincang dengan Kedutaan Indonesia di Malaysia pagi esok (hari ini).
"Jika dibenarkan, tiket untuk penyokong Indonesia ini akan dijual di pekarangan kedutaan. Jika tidak, FAM akan menjualnya di Kaunter Pintu Biru, Stadium Nasional bermula Khamis (esok)," jelas Azzuddin.
Menurut Azzuddin, skuad kebangsaan Indonesia akan tiba dengan pesawat sewa khas di Lapangan Terbang Subang pada 12.30 tengah hari Jumaat ini dan mengadakan latihan pada pukul 5 petang di Padang MSN, Bukit Jalil.
Ditanya soal keselamatan kedua-dua penyokong, Azzuddin berkata: "Jawatankuasa Penganjur Tempatan (LOC) bagi perlawanan ini akan bermesyuarat esok (hari ini) untuk membincangkan secara terperinci tentang isu ini.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm



















