My Blog List

Monday, March 8, 2010

Anak2 adalah permata Negara, penglipur lara



by DrMas Mohd

Assalamualaikumk & Salam sejahtera, salam 1 Malaysia semua Rakan FB, semua Warga Yg Prihatin. Penat dengan masalah semasa, mari relakskan minda dgn gambar2 kandid anak2 RPWP yg menangkan jiwa, lucu ada, sayu pun ada. Jika puluhan ribu bayi tidak dibuang dan terbunuh, diserah pula pd tangan2 yg Prihatin, pengasih..mungkin mereka juga akan jadi cute dan menceriakan spt anak2 dalam gambar ini.

Di samping melucukan, banyak pelajaran dari gambar2 ini. Ajarlah anak2 dengan semua elemen emosi - senyum, tawa, tangis, suka, marah, masam dll. Ibu bapa yg tak pernah senyum pasti melahirkan generasi yg masam dan kecut wajahnya, yg suka cakap merewang bakal melahirkan generasi yg fasik dan suka merewang dlm berkata2, yg pendiam akan menjadikan anak tidak pandai berhujjah, yg bisu akan melahirkan anak yg membisu walaupun tidak bisu (rujuk lapuran media sedikit masa dulu).

Komen yg lucu dan menarik akan saya pilih sbg tambahan Caption. Banyak lagi gambar2 candid, akan saya selongkar, utk ditambah isi album ini dari masa ke semasa.

"Sesungguhnya anak2 adalah perhiasan keluarga. Anak2 adalah permata Negara". janganlah buang anak lagi, kasihani lah mereka sbg mana allah mengasihi kita...!!!

Location: RPWP

lawati:http://www.facebook.com/search/?q=buang+bayi&init=quick#!/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/SAYA-BENCI-KEPADA-ORANG-YG-MEMBUANG-BAYI/345809135883?ref=ss

Lihatlah betapa teruknya gejala Zina-Buang Bayi Yg Melanda

by DrMas Mohd

Sblm dapat petunjuk Allah sbg manual hidup, perangai asal kita memang teruk. Darwin kata kita asal dari "beruk" (memang benar secara `misal' atau mutasyabihatnya). Allah beri bunga (sistem yg indah) supaya kita guna pakai dan nampak elok sikit. Malangnya kita semua campak saja bunga tu. Maka jadilah kita `pelampau' (thoghut) yg macam babi. Apa larangan pun kita sondol saja. jadilah kita ibarat kera yg `ingkar suruhan', dan babi yg `langgar larangan'. (Al-Ma'idah ayat 60).

Hampir 300 ribu anak luar nikah telah di daftar. Hari2 juga kita dimomokkan dgn berita buang bayi. Berapa ramai lagi kah bayi sampah yg tak ditemui,yg ikut naik lori sampah? yg dimakan anjing dan reput saja2.? yg masuk lubang tandas macam najis? lalu tak dilapurkan walaupun keluarga tahu, nak jaga malu.?

Warga Prihatin (WP) sendiri pernah menyelamatkan kes bayi tandas ini dan tidak dilapurkan. Bolehnya berkata kerana tlh terlibat dlm menanganinya. Utk anak2 gadis yg "sedang" enjoy free seks ni, tengok semua (biarpun mengerikan) gambar2 ini supaya `berbekas' di hati. Kalau tengok satu2 walau setiap hari tidak berbekas dan terkesan di hati...!!!

Kalau ada niat nak cuba atau nak meneruskan tabiat maksiat itu musim cuti CNY dan valentine ni, bayangkan deritanya melahirkan, malunya diri, keluarga, agama dan bangsa negara selamanya..!. Bayangkan betapa besarnya dosa yg akan di `ungkit' sepanjang hayat..!, bayangkan pertemuan anak itu dgn anda di akhirat nanti..! bayangkan besarnya laknat sang `Pencipta,' terhadap anda..!, tak guna menyalahkan orang, bukan mereka yg jahat, tapi kita yg BODOH kerana menyerahkan diri dan sengaja mengundang masalah.

Kalau pun tak boleh jadi manusia, kekallah jadi haiwan yg lumrah, yg menyayangi anaknya.!,janganlah kita jadi lebih teruk `dari haiwan'..! (Al-A'raf, 176, 179). Dtglah ke Rumah Pengasih WP dapatkan nasihat, kami `bersedia mendengar dan membantu'. Itu lebih baik daripada kami mati sakit jantung, sedih melihat kejadian sebegini `semakin menjadi2'.

Kalau yakin tanyakan di wall fb "Warga Prihatin" atau di Grp "Applied Science AQ & Sunnah - Tajdid Muslim", atau inbox/email/sms saya dan mana2 WP (samada bapa/ibu2). Masih ada yg menyayangi kalian, jangan rosakkan lagi keadan yg dah rosak ini...!!!

Location: Malaysia

Updated at 06 March
Created on 13 Februar

Sunday, March 7, 2010

USTAZ DAN USTAZAH YANG KAYA RAYA

Kalau kita menyorot kembali ke zaman Nabi dan Sahabat, tidak ada para sahabat yang menjadi kaya raya kerana mengajarkan agama. Malah mereka menyebarkan agama Islam ini tanpa dibayar sebarang upah. Dengan niat mereka yang ikhlas yang hanya berharap balasan pahala dari Allah semata, daya usaha mereka itu sangat berkat, hasilnya Islam telah tersebar ke serata pelusuk dunia.

Kalau ada pun sahabat yang kaya raya di masa itu, seperti Abdul Rahman bin Auf, beliau kaya disebabkan usaha perniagaannya bukan kerana menyebarkan agama Islam.

Kalau tanpa usaha mereka yang tidak kenal penat dan tidak pernah mengharapkan balasan dunia itu, belum tentu di hari ini kita yang terletak jauh di rantau sebelah sini boleh mendapat hidayah dan cahaya Islam ini.

Tetapi sekarang kita di Malaysia ramai penceramah-penceramah agama yang kita gelar sebagai ustaz dan ustazah mencipta nama, mengalahkan artis selebriti, menerima imbuhan hingga menjadi kaya raya.

Selain dari ustaz dan ustazah yang dibayar gaji bulanan secara tetap untuk mengajar agama di sekolah, di universiti dan yang bekerja di jabatan agama, terdapat juga di kalangan mereka yang begitu glamour dan terkenal. Mereka sering keluar di radio dan TV, ramai yang meminati ceramah mereka, mereka sering dijemput untuk memberi ceramah di merata pelusuk Negara. Mereka ini begitu laris dan mendapat bayaran tinggi.

Oleh itu tidak hairanlah kalau ada ustaz dan ustazah ini menjadi kaya raya, mampu memiliki kereta mewah dan mampu membeli rumah yang tersergam indah. Dengan nama dan modal yang mereka ada itu, mereka mampu pula melebarkan kekayaan mereka dengan melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan.

Apakah wajar ustaz dan ustazah menjana kekayaan dengan menggunakan agama? Inilah soalan yang telah menjadi polimek dari zaman dahulu lagi. Ada setengah orang menyifatkan perbuatan mereka ini seperti menjual agama untuk mendapat kekayaan dan keuntungan dunia.

Apabila soalan ini diajukan kepada yang punya tubuh badan, sudah tentu mereka akan menyangkal dakwaan itu dengan memberi hujah-hujah dan dalil tersendiri, bagi mengharuskan perbuatan mereka. Oleh kerana diri mereka sendiri yang terlibat, mereka juga adalah kalangan tokoh agama, sudah tentu pendapat mereka akan menenggelamkan pendapat yang mengatakan tidak wajar mengambil upah dalam menyebarkan ajaran agama.

Kadang-kadang penonton yang mendengar ceramah mereka seperti sedang menikmati suatu hiburan. Mereka seronok mendengar kerana merasa terhibur. Mungkin oleh kerana tidak ada keberkatannya, kesannya kepada penonton tidaklah seperti yang diharapkan. Akhlak masyarakat kita terus juga merudum walau telah bertimbun ceramah dihidangkan.

Kita masih dibelenggu dengan masalah anak-anak muda yang hidup berfoya-foya, bergaul bebas, menagih dadah, membuang bayi dan merempit. Masyarakat kita juga masih jauh dari mengamalkan amalan baik, seperti tidak beradab di jalan raya, mengamalkan rasuah, tidak amanah, malas, curi tulang dan perbuatan penderaan kanak-kanak sering saja berlaku.

Bantu

Walaupun majoriti masyarakat kita telah menikmati tahap kehidupan yang agak selesa, namun masih ramai lagi yang susah dan hidup dalam lingkungan miskin. Ada di kalangan mereka ini miskin kerana mereka malas bekerja atau tidak mampu untuk bekerja disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Tetapi ada juga yang miskin kerana hasil pendapatan dari pekerjaan mereka itu kecil dan tidak cukup untuk menampung kehidupan keluarga mereka.

Sebagai orang Islam kita juga punya tanggungjawab untuk membantu golongan masyarakat kita yang miskin ini. Kalau kita beri ikan kepada mereka, kita akan dapat pahala sekali sahaja, tetapi kalau kita beri mereka joran kita akan dapat pahala setiap kali mereka menggunakan joran yang kita beri itu untuk memancing ikan.

Sentiasalah kita ingat, setiap kali kita menikmati makanan lazat di restoran mewah itu, sebenarnya masih ada orang dalam masyarakat kita sedang menikmati hidangan nasi berlaukkan telor goreng dan kicap.

Kalau kita dapat berkorban tidak membeli kereta Mercedes atau BMW untuk kegunaan kita walaupun kita mampu, sebaliknya kita menggunakan Tayota Camry yang jauh lebih murah tanpa banyak mengurangkan keselesaan itu, dan duit yang lebih itu kita sumbangkan kepada orang-orang miskin sehingga mereka dapat menukar basikal yang mereka gunakan kepada motorsikal, sudah tentu ini sangat memberi kesan besar dalam kehidupan mereka.

Apakah kurangnya sedikit keselesaan disebabkan kita tidak memakai kereta Mercedes itu sama dengan kegembiraan orang miskin ini kerana dapat memiliki motorsikal yang boleh membantu menaikkan tahap kehidupannya.

Apalah salahnya kalau kita berkorban sedikit keselesaan dengan tidak menggunakan tempat duduk kelas bisnes, tetapi cukup hanya menggunakan tempat duduk kelas ekonomi ketika menaiki kapal terbang. Dan dari duit perbezaan harga tiket itu kita sumbangkan kepada orang-orang miskin. Tentu kita akan berasa gembira, disebabkan duit kita itu, orang miskin ini dapat menukar makanannya dari lauk tempeh kepada lauk ikan kembong.

Dan apa sangatlah beza keseronokan yang kita dapat menghisap cerut yang berharga RM500 dengan cerut yang berharga RM10 sebatang. Sedangkan kalau perbezaan harga sebanyak RM490 itu disumbangkan untuk membantu belanja sekolah anak-anak orang miskin, tentu ini akan memberi makna yang sangat besar dalam kehidupan mereka.

Wednesday, March 3, 2010

Masalah Kes Dera Kanak-kanak di Malaysia. Cegah!!!



Adakah ketika ingin melihat kanak-kanak di Malaysia mencapai satu tahap tidak berasa selamat lagi walaupun di bawah jagaan ibu bapa mereka sendiri, barulah pada masa itu kita terhegeh-tegah untuk melakukan satu usaha bagi membendung kes dera kanak-kanak di Malaysia tidak terus berpanjangan Disebabkan sesetengah ibubapa yang tidak bertanggungjawab, ramai ibubapa lain terkena juga tempiasnya. Baru-baru ini, kes dera kanak-kanak bernama adik Syaifa yang baru sahaja berumur 3 tahun telah membawa kepada kematian. KUALA LUMPUR 26 Feb.- Seorang kanak-kanak perempuan (Syafia Humairah Sahari) berusia tiga tahun matidipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden Norel Azmi Affandi Yahya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sapiah sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, lelaki berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam. “Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.

“Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera,” katanya ketika dihubungi hari ini. Norel Azmi berkata, hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata, polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan. Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka.
KUALA LUMPUR 26 Feb.- Seorang kanak-kanak perempuan (Syafia Humairah Sahari) berusia tiga tahun matidipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden Norel Azmi Affandi Yahya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sapiah sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, lelaki berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam. “Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.

“Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera,” katanya ketika dihubungi hari ini. Norel Azmi berkata, hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata, polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan. Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka.

Monday, March 1, 2010

PROTON TIPU RAKYAT MALAYSIA?????????


Proton tipu rakyat Malaysia?
Kenapa Proton tak jual harga macam dekat Arab Saudi..?

Apa istimewanya orang Arab?

Kata "Rakyat didahulukan" … Kenapa orang Arab lebih diutamakan? Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu... Hahaha...


Harga Persona kat Saudi = SR 36,100

Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600

Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje

Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje

Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje…


Tu dah siap masuk tambang kapal pulak tu…

Haaaa… Ini baru harga Proton… Kalau aku tunjuk harga kereta bukan Proton, ada yang sakit jantung nanti… Kedahlanie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...